WELCOME TO MY BLOG.ENJOY HERE! | Dashboard | +Follow

Cikyattst0ry
AboutLinksStuffEntries

________________________________________________________________________________________
Tuesday 9 December 2014 | 06:31 | 0 Atasinchi
as'salam.... Sedar tak sedar hubungan kita dah mencecah 3 tahun awak... Saya happy sangat dengan awak. Pliss after this don't make me cry anymore.. (jangan buat saya nangis lagi) hahaha itu subtitle. Saya mendoakan hubungan kita kekal hingga ke jannah,sampai bila-bila. Saya tak nak hubungan kita rosak kerana orang ketiga. Cukup kenangan dulu orang ketiga menyakitkan saya. Saya percaya kali ni awak sudah betul-betul berubah. Saya percaya dan akan sentiasa berdoa awaklah jodoh saya. Happy Annivesary sayang, my buncit, my bulat, my everything.







________________________________________________________________________________________
| 04:47 | 0 Atasinchi
As'salam.. setelah lama tak berkongsi rasa, kasih dan sayang di sini rindu pula rasa... Hakikat sebuah penantianku mulai terjawab. Kasih Sayang ku padanya mulai bertambah. Aku seakan-akan tidak dapat melepaskannya. Seolah-olah mahu berdekatan sentiasa. Terima kasih ya Allah atas pemberian dan nikmat mu ini. Hanya padamu aku berdoa agar kau kekalkanlah jodohku bersama Hn Hazizi Bin Hamid. Hanya dia aku cinta, tiada yang lain. Kebahagiaan yang kau berikan padaku amat aku hargai ya Allah.






________________________________________________________________________________________
Sunday 6 July 2014 | 02:29 | 0 Atasinchi
Alhamdulillah, ramadhan menjelma kembali... Syukur kepada Allah kerana tahun ini aku berjumpa dengan ramadhan lagi... Dalam kita menyambut ramadhan pada tahun ini pasti ada yang sedang dalam kesusahan. Alhamdulillah aku di kurniakan keluarga yang penyayang dan boleh menampung kehidupan aku seharian. Mama dan abah banyak membantu aku . Tidak terkata dan tidak terbalas jasa mereka pada aku. Just to remind me or someone else, jangan sesekali menjadi anak derhaka walau jahat, benci,marah sekali manapun kita terhadap mereka. Sayangilah mereka sementara mereka ada di depan mata kita.
Bercerita panjang lebar semalam aku berbuka puasa dengan kekasih hati. Mula-mula plan nak jumpa dekat ioi mall puchong so dekat dengan rumah aku memandangkan dia naik motor. So aku decide dalam 5.30 macam tu nak gerak. Suruh abah hantar tapi depan rumah tengah renovation,habis lantai tengah simen. Abah pulak tak boleh keluar. Mama suruh kekasih hati ni ambil je aku dekat rumah then naik moto pergi ioi mall. Abah tak kasi sebab katanya tak elok. Aku ni pulak malas nak keluar ikut pintu belakang sebab nak pergi bus stop jauh kalau ikut pintu belakang. Mama kata ajak jela kekasih hati tu berbuka dekat rumah. Aku kata tak nak sebab kali ni aku nak date berdua je. So discus punya discus akhirnya aku mintak permission abah untuk pakai kereta dia memandangkan dia pun tak keluar rumah.
And u know what???! This is the first time and the first guy yaang abah kasi bawak kereta dia. Special kau papa dapat permission abah. Kami pun keluar berbuka puasa... Lepas berbuka Kami pergi tengok wayang,boleh tahan jugak la movie dia. Sampai rumah almost 12.30 ... Yang peliknya mama tak call aku pun. Weird kn?? Biasanya pukul 10 malam kalau tak balik lagi mama akan call,maybe she know dengan siapa aku keluarkan. Happy aku masa tu sebab dapat jumpa dia. Mana taknya dia still ade satu semester dekat poli,aku dah habis and tengah kerja. Masa untuk kami berjumpa hanyalah weekend day sahaja. Itu pun kalau dia balik Shah Alam. Apa-apa pun aku mendoakan Allah permudahkan jalan kami untuk membina masjid... Amin.. Itu sahaja untuk hari ini,selamat menjamu selera detik-detik aku dan dia berbuka puasa.. :)
I Love You Hn Hazizi











________________________________________________________________________________________
Saturday 24 May 2014 | 06:54 | 0 Atasinchi
As'salam... sempena hari jadi aku yang ke 21 ni terasa tanggungjawab semakin besar..
Alhamdulillah aku hidup disamping orang yang aku sayangi..
Banyak yang aku lalui.. Alhamdulillah juga secara rasminya aku telah tamat pengajian.
Aku bakal merangkul anugerah Diploma. Sungguh banyak memori dan pengalam yang aku lalui.
Dari kawan-kawan,pensyarah,kekasih hati,musuh-musuh ku (eh ade ke?)

Bersyukur mendapat seorang lelaki yang memahami aku.
Mampu untuk membuat aku gembira,ketawa,menangis dan sebagainya.
Harapan aku bermula untuk fokus membina kehidupan bahagia bersama orang yang tersayang.
Bahagia sangat ulang tahun ku di sambut disamping keluarga dan kekasih hati .
Keluarga dan dia banyak memberi aku semangat dikala aku jatuh,didalam kesedihan.

Pada hari jadi aku tahun ni dia memberi pelbagai kejutan.

Celebrate bersama family....


 Dominos we go....


 Makan sampai muntah...


 Jam yang dihadiahkan oleh si dia...


 Hadiah dari mama... Thanx mama...


Konon nak suprisekan... Mula-mula tengok ada handbag,bila tengok dalam ada baju..
Ok fine dapat baju yang di idamkan.. yahoo! Dia suruh tengok baik-baik,so aku pon tengok la..
Ada purse polo... excited giler.. Bila tengok dalam purse,what??! Ada jam! 
Jam tu pon aku nak sangat... Happy giler nokksss... siap ade gelang..


Satu hari bersama dia.. Dia sanggup ambil cuti ahad untuk celebrate birthday aku.. :)
Thanx awak sebab sudi meluangkan masa bersama saya..

________________________________________________________________________________________
Sunday 4 May 2014 | 05:35 | 0 Atasinchi

As'salam.... Awak video ini saya dedikasikan khas untuk awak Hn Hazizi bin Hamid.
Walaupun saya seringkali menerima pelbagai penipuan,kesakitan dari awak,tapi saya tetap sayangkan awak. Saya dah tak tahu macam mana lagi nak menunjukkan sayang saya pada awak. Video ni saya buat sebelum kita gaduh besar. Tiap-tiap malam saya menangis terkenangkan awak. Macam-macam yang dah jadi antara kita. Pesan saya untuk awak,jangan cepat putus asa. Tetapkanlah pendirian awak. Saya tahu kadang-kadang silap tu datang dari saya. Awak tahu tak kenapa saya terlalu cemburukan awak? Sebab banyak kali ade je orang yang cuba rampas awak dari saya. Kenapa semua ni jadi?? Jahat sangat ke saya pada awak? Saya terlalu sayangkan awak. Macam saya cakap pada awak, saya dah tak ada sesiapa. Cuma awak.. Awak kekuatan saya,awak masa depan saya. sepanjang hidup saya tak pernah saya sayang orang macam ni sekali. Saya tak nak perkara yang dulu terjadi. Awak ingatlah balik semula macam mana saya terima awak dalam hidup saya semula selepas apa yang awak dah buat.
Saya tak boleh terima perempuan lain dalam hidup awak selain mak,kakak dan keluarga awak.
Perempuan tu dah banyak menyakitkan awak,cukuplah dia dah bagi banyak masalah antara kita.
Sebab tu saya tak suka awak berhubung dengan dia. Sakit awak rasa,sakit lagi saya rasa.
Banyak kali dah saya kecewa dengan sikap awak,tapi saya tak pernah berputus asa terhadap awak dan hubungan kita. Tolonglah hargai apa yang awak dah miliki. Saya akan sentiasa sokong awak.


Terima kasih kerana membuat saya bahagia,menjaga saya...
Cuma awak dalam hati saya. Tiada yang lain. Saya mahu bina keluarga bersama awak. 
Siapa awak, apa masa silam awak saya terima seadanya. Susah senang kita bersama.
Insyallah... HNHH NHZA

________________________________________________________________________________________
Wednesday 1 January 2014 | 00:35 | 0 Atasinchi
As'salam.... Happy New Year all readers...!!! hmm,sambut kat mana new year?? Aku setiap tahun sambut dekat rumah je, yela rasa macam serabut bila pergi tempat ramai orang. Sepanjang 2013 banyak yang telah aku harungi. Biasanya tahun baru orang akan tetapkan azam baru,azam aku tahun 2014 ni ape ye?? Dalam sibuk-sibuk aku dalam pelajaran, cinta aku tak akan aku sia-siakan.. Eveerything in my mind is you.. Macam awak cakap,


Saya pun mengharap benda yang sama. Mengharap hubungan ini menjadi yang halal adalah impian saya. But jangan lupa, persediaan ke peringkat seterusnya dalam hubungan ni perlu prepare betul-betul... Ilmu mesti cukup, sama-sama kita belajar nanti. All i need is you. 

Ini awal perkenalan kita.. Ingat lagi tak awak??? 








Lepas tu kita stop kejapkan... 
Lama jugak,sampaikan masa tu saya dah mula boleh lupakan awak walaupun masa tu saya teramat sakit sangat,sampailah kita kembali semula. 















That all for today.. daaaaa.....



cerita lama


_______________________________________
◕ Disclaimer ◕



My name is Nurhayati. Cik Yatt for short.This is my Official Blog so It's Real of me. Please leave ur comment dengan klik atasinchi sahaja.
Please be nice here and don't copy what's mine!
I've CCTV here >.<
_______________________________________
◕ Scream Here ◕

ceritatera ku..!

___________________________________________ Instagram _____________________________________________________________