Monday, 10 June 2013 | 08:24 | 0 Atasinchi
As'salam... segala pertanyaan aku sudah terjawab.. Perangai kau tak pernah berubah.... Yang lama pergi,yang baru datang.Kau tak pernah belajar dari kesilapan yang lepas. Segala kata penyesalan yang kau pernah katakan tidak menunjukkan yang kau menyesal. Alasan tak topup fon sebab tak ada duit dah basi. Tapi boleh pulak kau melepak dekat kedai mamak tu?? Saat aku melihat gambar kau dengan dia,hati aku hancur sangat-sangat! Badan aku menggeletar sebab tak dapat menerima hakikat. Fon digi kau sekarang off,xada kredit. Tapi maxis kau sentiasa bawak pergi kerja. Untuk kali ketiga aku dikecewakan. Aku betul-betul kecewa dengan kau. AKU berikan peluang yang kedua tapi kau langsung tak hargai.. Kenapa dari awal kau tak pernah nak bertrus terang??? Betulkan kata-kata aku,kau pasti akan berjumpa dengan orang lain ditempat kerja kau. Sebab aku dah kenal kau sangat. Bukan semalam aku baru kenal kau. Aku kecewa dengan kau sebab pelbagai janji yang kau taburkan. Penat aku asyik memikirkan tentang kau,siang malam aku tak putus memikirkan pasal kau,tapi ini yang aku terima. Aku redha, aku terima semua ni. Aku harap kau bahagia la dengan dia.Aku mendoakan hubungan yang halal akan terjalin kelak. Amin...









