Thursday, 28 February 2013 | 04:45 | 0 Atasinchi
As'salam..... baru balik dari kerja rasa penat sangat-sangat. And before that kite update la something before masuk tidur. Kehidupan yang berubah secara tiba-tiba membuatkan aku tergamam seketika .
orang yang kita sayang secara tiba-tiba hilang begitu sahaja.
susah untuk aku ungkapkan bagaimana perasaan aku sekarang.
hari demi hari aku jalani setiap kehidupan aku seperti biasa. Tapi hari ini diri aku merasakan sesuatu yang tak baik akan berlaku. Hati aku asyik berdebar-debar.. seakan-akan ada benda yang tak kena.
Ya Allah, kau jauhkanlah segala perkara buruk dari berlaku kepada orang yang aku sayang.
Tapi apa yang membuatkan aku pelik dah 3 hari aku mimpikan dia. Dalam mimpi tu dia tersangat-sangat bencikan aku. Entah kenapa aku mimpikan dia pun aku tak tahu.
semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku mendoakan yang terbaik untuk semua orang yang aku sayang. Alhamdulillah mama aku sudah selamat pulang ke tanah air setelah melakukan umrah selama dua minggu. Kadang-kadang bila aku fikirkan apa yang telah terjadi dalam kehidupan aku ini aku mengalirkan air mata tanpa aku sedar. Sungguh terpesong aku dari jalan yang benar.
Memang aku inginkan perubahan dalam kehidupan tapi bukan secara drastik,aku mengharapkan suatu hari nanti ada seseorang yang sudi membimbing aku ke jalan yang benar.
PENANTIAN DEMI PENANTIAN
as'salamualaikum...