Tuesday, 19 February 2013 | 22:18 | 0 Atasinchi
as'salam... disini aku nak mintak maaf pada sesiapa sahaja yang terasa dengan entry aku.
hanya mahu berkongsi cerita,sebahagian kehidupan aku bukan keseluruhan tentang kehidupan aku yang aku nak ceritakan pada public... aku cuma nak nasihatkan kepada lelaki,kalau korang tak ada perasaan pada perempuan cuba kau jujur dan jangan bagi harapan pada dia...
sekarang aku cuba untuk busy kan diri aku untuk elakkan diri daripada memikirkan benda yang tak sepatutnya.
terlalu sakit apabila dalam perhubungan kita hanya bertepuk sebelah tangan... macam-macaam yang kita lakukan untuk menjaga perhubungan itu , akhirnya putus macam tu sahaja.

kata-kata maaf memang senang untuk keluar dari bibir, tapi memaafkan seseorang memang boleh but apa yang berlaku susah untuk kita lupakan.

walaupun kita jatuh tersungkur sekalipun , bangkitlah dan kuatkan diri kita untuk tempuh segala dugaan yang diberi. jauh lagi perjalanan dan fikirkan tentang masa hadapan. jangan pernah toleh kebelakang.
aku bersyukur kerana di sekeliling aku semua memberi kata-kata semangat. kawan-kawan yang selalu ada disisi aku ketika aku memerlukan. seorang abang yang sanggup berkongsi cerita dengan aku.
alhamdulillah... hidup perlu diteruskan .

jangan terasa dengan entri ini.. sape yang gigit cili dia la yang rasa pedas ok..