WELCOME TO MY BLOG.ENJOY HERE! | Dashboard | +Follow

Cikyattst0ry
AboutLinksStuffEntries

________________________________________________________________________________________
Monday, 9 April 2012 | 00:28 | 0 Atasinchi
Assalamualaikum.....
terdetik pula hati ni nak kongsi pendapat tentang hakikat sebuah persahabatan....
persahabatan ni ibarat satu tali yang tidak akan putus...
seperti ikatan antara adik beradik.

seorang sahabat yang perihatin tidak akan tinggalkan kita tatkala kita didalam kesedihan.
sahabat pemberi semangat kepada kita.
janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat. sahabat ni juga kita boleh ibaratkan seperti pasir-pasir di tepi pantai tetapi sahabat yang satu adalah mutiara diantara pasir-pasir itu.

Teman ketika kita bergelak ketawa sungguh ramai.. macam-macam ragam kita perlihatkan..
adakah ketika kita berada dalam kesusahan mereka ada di sebelah kita?
adakah tatkala kita jatuh menjunam mereka ada bersama kita?
adakah mereka menghulurkan tangan mereka tatkala kita seakan-akan dalam keadaan yang hampir jatuh kedalam gaung yang amat dalam??

Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan.
Tetapi sahabat sejati bagai ari lalu yang di cincang ia tak akan putus.

Aku merasakan yang aku mulai hilang sahabatku. semakin berjauhan rasanya.
Mungkin disebabkan aku ditempatkan berlainan blok. Tapi itu bukanlah satu penghalang bagiku untuk bersahabat. Hanya disini sahajalah tempat aku ingin meluahkan segala masalah yang terpendam.
Dia sudah aku ibaratkan seperti adik beradikku sendiri. Segala masalah dan rahsianya aku simpan.
Kerana bagiku seorang sahabat yang baik mestilah pandai menyimpan segala rahsia sahabatnya. Aku rindu dengan kengan lalu,di saat dia didalam kesusahan aku menghulurkan bantuan sekadar yang aku mampu walaupun tidak seberapa. Tetapi apabila aku didalam kesusahan dia yang berada bersama aku. Terharu aku dan tidak terkata. Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu. Tapi itu semua dahulu,bukan lagi seperti sekarang. Semuanya telah berubah.. Pada aku, persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya.
cerita lama latest one


_______________________________________
◕ Disclaimer ◕



My name is Nurhayati. Cik Yatt for short.This is my Official Blog so It's Real of me. Please leave ur comment dengan klik atasinchi sahaja.
Please be nice here and don't copy what's mine!
I've CCTV here >.<
_______________________________________
◕ Scream Here ◕

ceritatera ku..!

___________________________________________ Instagram _____________________________________________________________